my1stmillionwithonline
Blog Yang Bakal Membantu Anda Create 1 Juta Pertama Anda Secara Online

Friday 18 May 2012

Jutawan Ini Hanya Ada SPM

SIAPA sangka, anak kampung tidak memiliki pendidikan tinggi ini akan bergelar jutawan dan memiliki rangkaian perniagaan yang bukan calang-calang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfTx9USRHHHMn5Ktb7mEVeGb4SM4cpH2CnV2jTa0QLZLLBwq-b8yxgJUpqVprNFVfuy8xbQWTG2xJy9q56i9JTqwTRpZVjYw36ScTJvy3vISIAa7rlfnifwqphHqE5cMkcdqCojGxXs5J_/s1600/DSC_7399(r).jpg
Buktinya, dia berjaya membina empayar perniagaan yang mungkin tidak dapat dicapai individu berijazah mahupun berkelulusan tinggi lain yang lebih gemar kerja makan gaji.
Tidak pernah lupa asal usulnya, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, kejayaan dikecapi tidak datang bergolek, sebaliknya ia hasil kerja keras dan sikap tidak pernah putus asa yang tertanam dalam dirinya.
Menceritakan kembali zaman kesusahannya waktu itu, Jamal berkata, keluarganya bukan daripada kalangan orang senang. Bapanya hanya bekerja kampung manakala ibunya penjual kuih.
“Seawal usia 10 tahun, saya menolong abang menjual hasil tangkapan laut di Pasar Sekinchan menaiki basikal sejauh lima kilometer dari rumah.
“Selain itu saya melakukan pelbagai kerja kampung seperti kopek kelapa, kait kelapa dan menolong rakan menjual burger bagi mencari duit poket,” katanya.
Sebaik tamat sekolah di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.
Berbekalkan wang hasil kerja kampungnya sebanyak RM80, dia berazam mengubah nasib dirinya dan keluarga, apatah lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang memberangsangkan.
Meskipun disuruh ibunya mengambil semula peperiksaan itu, dia enggan kerana minatnya lebih terdorong ke arah kemahiran, terutama perniagaan.

“Pada mulanya ibu melarang saya ke Kuala Lumur sebab dia mahu saya mengambil SPM kali kedua, namun saya ‘terpaksa’ tipu mengatakan saya hanya mahu berjumpa kawan di sana.
“Tiba di Kuala Lumpur, saya menumpang di rumah seorang rakan dan bekerja sebagai budak penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.
“Waktu itu baru saya tahu bagaimana peritnya bekerja di kota besar dengan gaji yang tak seberapa hinggakan dalam keadaan terdesak, saya pernah makan baki nasi bungkus ditinggal rakan yang dihurung semut dalam keadaan gelap untuk alas perut kerana tidak berselera menelannya dalam keadaan terang,” katanya.
Tambah Jamal, hanya tuhan tahu perasaannya waktu itu sebab mahu buang tidak sampai hati, manakala mahu beli nasi baru dia tiada wang.

Selepas dua bulan menjadi budak penghantar surat, dia berhenti kerja akibat tidak tahan leteran majikan sebelum bekerja di kilang Ramly burger di Cheras dengan pendapatan RM10 sehari.
Bosan dengan kerja makan gaji, pemilik syarikat pengimport dan penjual kenderaan import baru dan terpakai IBM Automobiles Sdn Bhd ini tekad memulakan hidup baru dengan membuka perniagaan menjual burger di sekitar Bandar Baru Sentul.

Waktu itu dia menggunakan kayu terpakai mendirikan gerai mengikut kreativitinya sendiri, termasuk mengecat sebagai langkah permulaan.
Tidak menyangka sambutan diterima di luar jangkauan, bermula hanya sebuah gerai ia berkembang menjadi 11 gerai menjual burger sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun beroperasi.
Dalam tempoh itu juga Jamal mampu membeli tujuh van digunakan sebagai kemudahan berniaga di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi serentak.

“Selepas perniagaan burger maju, saya mengembangkannya dengan membuka syarikat menyediakan perkhidmatan khemah dan membekalkan alat tulis kepada Kementerian Pertahanan dan jabatan kerajaan selain menceburi bidang pembinaan.
“Pada 1995, minat saya lebih terarah ke bidang automotif pula dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran,” katanya.
Prestasi baik yang ditunjukkan membolehkan Jamal ditawarkan jawatan eksekutif jualan kepada beberapa syarikat pengimport kereta.
Jawatan itu juga membolehkan dia menjelajah ke Itali, Jepun dan negara Eropah lain bagi mengetahui lebih lanjut mengenai dunia automotif.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib tidak menyebelahi Jamal apabila negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997.

Jamal terpaksa menggadaikan semua aset sedia ada bagi melangsaikan hutang tertunggak. Tidak mampu menghadapi tekanan, dia melarikan diri ke Jakarta selama setahun.
Berbekalkan RM100,000 di sana, dia memulakan hidup baru dengan menjual kain pasang yang dieksport ke Malaysia dan perniagaannya maju.

“Mungkin ini ujian Allah supaya berkongsi rezeki dengan mereka yang berhak. Namun saya reda dan ia benar-benar memberi pengajaran supaya tidak lalai dengan nikmat diberi.
“Pun begitu saya bersyukur walaupun aset tergadai, segala hutang berjaya dilangsaikan dan pulang saja ke Malaysia, saya tekad membuka semula perniagaan secara perlahan sebelum berjaya membuka IBM Automobiles Sdn Bhd,” katanya.
Kini Jamal mampu tersenyum puas apabila jualan keretanya menjangkau 30 kereta sebulan, malah semua anak syarikatnya juga dalam keadaan stabil.

PROFIL
NAMA: Datuk Jamal Md Yunos
UMUR: 33 tahun
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd
ASAL: Sungai Leman, Sekinchan
ISTERI: Nurhanizatul Shida Mat Hassan
ANAK: Mohd Amin Danial (10)
MESKIPUN memiliki rangkaian perniagaan besar dan bertaraf jutawan, ia bukan satu tiket untuk Jamal mendabik dada, sebaliknya rezeki diperoleh dikongsi bersama mereka yang berhak.

“Saya akan mengadakan seminar selama seminggu yang diadakan di IBM di Kuala Lumpur, malah segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.
“Daripada 50, 10 yang terbaik dipilih mengikuti kursus automotif di Itali dan Jepun sebagai persediaan apabila pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pekerja serba boleh.
“Di sana, mereka akan diajar cara penyelenggaraan kenderaan yang pelbagai bentuk dengan betul dan lebih terperinci,” katanya.
Dalam pada itu, IBM Automobiles terus mengorak langkah apabila bakal membuka dua cawangan sekitar Lembah Klang dan di negeri yang belum diputuskan.
Menariknya, ia bukan sekadar pusat jualan kereta, malah turut disediakan bengkel dan kemudahan alat tukar ganti di tempat sama.

Paling membanggakan, IBM Automobiles turut memiliki rangkaian di United Kingdom (UK). Bukan mudah bagi anak Melayu menembusi pasaran luar negara jika tidak memiliki kedudukan ekonomi kukuh.
“Di sana ada tiga kakitangan memantau segala urusan mengenai kereta yang bakal dibawa ke Malaysia. Saya bersyukur sebab selama ini tidak pernah bermimpi memiliki perniagaan seperti sekarang,” katanya.
Sewaktu ditanya mengenai kehidupan hariannya yang banyak dihabiskan di pejabat berbanding di rumah, Jamal menjelaskan ia rutin biasa.

“Memandangkan isteri turut menjalankan perniagaan, jadi tiada masalah sebab kami faham kesibukan masing-masing. Selalunya jika ada masa lapang kami mengambil cuti dan bersantai bersama anak.
“Setakat ini dia (isteri) tidak pernah merungut, malah kami sentiasa memberi kata-kata sokongan antara satu sama lain untuk bergelar usahawan berjaya,” katanya sambil tersenyum.

Ramainya Yang Tengok Video Ni...... most viewed video on youtube

 

Ramainya Yang tengok video ni...bayangkan jika video produk anda di lihat oleh ratusan juta manusia...
Tahts why anda boleh cipta 1 juta pertama anda di online

Letak Iklan Terapung Di tepi



1. Log in > Dashboard > Design > Add A Gadget > Html/JavaScript

2. Copy kod ni :

<div style="position: fixed; top: 50px; right:0px;">

KOD IKLAN TERSEBUT

</div> 


3. Paste di bahagian Html/JavaScript tadi ..

CARA NAK BUAT AYAT DALAM POST ENTRY BERGERAK

Assalmualaikum... Semoga anda sihat dan ceria selalu... kali ini saya nak syer dengan anda bagaimana nak buat ayat dalam blog post kita bergerak...dah bersedia... caranya begini Copy and paste kod kat bawah dalam pos anda


2. Then , korunk copy and paste kod kat bawah niyh


<img style="visibility:hidden;width:0px;height:0px;" border=0 width=0 height=0 src="http://c.gigcount.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.11NXC/bT*xJmx*PTEyOTE4OTA3ODU3NjEmcHQ9MTI5MTg5MDgwNDcwOCZwPTc2MTcxJmQ9TWFycXVlZSUyMEdlbmVyYXRvciZnPTE=.gif" /><marquee style="background-color:FFDDFF; border: 1px solid DDBBDD; color:000000; font-family:verdana; font-size:9pt; width:700px; height:50px; " direction="left" behavior="scroll" scrollamount="5" >TEXT ANDA</marquee>

*Yang saya highlight warna kuning tu , anda boleh tukar width and heigt mngikut kesesuaian.
*Yang saya highlight warna purple tuh pula , Jika anda ingin mengubah direction ,
anda boleh ubah macam ni...
+  right
+ up
+ down
+ alternate
*Warna Merah pula anda letakkan ayat yang anda ingin ia bergerak?

CARA BUAT VINTAGE BACKGROUND





 
 
 


Cara letak dalam blog .
Dashboard > Design > Add A Gadget > Html/JavaScript

Copy kod dan paste kod ini :

<style>
body {
background-image: url('URL BACKGROUND');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>

Thursday 17 May 2012

Cara Nak Buat Background Dalam blog

Assalamualaikum...

Semoga anda sihat dan ceria selalu...

untuk meletakkan background dalam blog anda pergi ke link di bawah dan pilih background yang anda suka

http://www.mycutegraphics.com/backgrounds/

http://hotbliggityblog.com/

http://bloggerblogbackgrounds.blogspot.com/

http://www.freebloggerbackgrounds.com/blog-backgrounds-by-article/free-blogger-background-gallery-slideshow.html

http://jellypages.com/

Selepas itu anda pegi ke design >> layout >> add widget >>pilih HTML

Pastekan code yang anda copy tadi dan tekan save

semoga blog anda comel.menarik dan menambat hati pengunjung dan customer anda

jumpa lagi.....

Yang benar,
azhaan

CARA NAK BUAT ORDER FORM UNTUK BLOG

1. Anda pergi dulu ke link ini >>> KLIK SINI !!! 

2. Oke . Sekarang anda tekan Create A Form Now

3. Anda sign up dulu . Masukkan nama , email , password !

4. Sudah ? Dia akan hantar email pengesahan ke alamat email anda . Sila masuk dan klik pada link yang dia bagi. Kemudian ia akan automatik keluar gambar macam kat bawah ni selepas anda klik link tersebut :


 


5. Name dengan Email Address dan tersedia ada kan ? Sekarang anda tekan Add Question di bahagian bawah Email tadi ..

6. Bila anda klik Add Question tu , anda akan diberi pilihan .. Short Answer , Long Answer , Radio Buttons , Select Box , Checkboxes dan text .

7. Anda pilih je bentuk jawapan macam mana yang anda nak . Klik pada salah satu. 

8. Masukkan soalan yang berkaitan .. Tick required . SAVE !

9. Kalau nak tambah apa - apa soalan lagi , buat cara yang sama okey ? 

10. Dah tu , tekan continue di bahagian bawah sekali .

11. Then , tekan lagi sekali button continue !

12. Kod akan dipaparkan . Copy dan paste ke blog . Tak tahu macam mana nak masukkan ke blog ?

13. Log in > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript 

14. Paste kod yang telah di-copy tadi . SAVE !

Cara Buat Dropdown Menu


Dropdown menu dapat mengurangkan ruang yang digunakan pada paparan blog untuk meletakkan pelbagai link. Antara kegunaan dropdown menu adalah untuk meletakkan link kawan², link rujukan, link tips dan pelbagai lagi.

Contoh dropdown menu adalah seperti berikut
Cara Buat Dropdown Menu


Tutorial untuk membuat dropdown menu ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger anda, dari dashboard > layout > page element > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy code berikut ke dalam ruangan html/javascript. (jika tidak faham rujuk sini)
<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
<option selected>Tajuk</option>
<option value="Link 1">Text 1</option>
<option value="Link 2">Text 2</option>
</select>


penerangan :
Link 1: Masukkan link untuk dibuka
Text 1: Masukkan perkataan/ayat untuk link

Jika anda hendak masukkan lebih banyak menu, cuma copy paste <option value="Link 2">Text 2</option> dan letakkan sebelum </select>
3. Apabila selesai, save hasil kerja anda.:)


TAMBAHAN:
Untuk kod di atas, apabila link akan dibuka pada page yang sama. Untuk buka link pada page/window yang berlainan, sila tukarkan kod:
<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">


kepada kod ini.
<select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);">